fbpx

Rakyat Bangladesh tiada akses WhatsApp, Instagram, YouTube, TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan beberapa platform media sosial pada sebuah telefon bimbit. - Foto AFP

DHAKA – Kerajaan Bangladesh semalam melaksanakan larangan seluruh negara terhadap beberapa aplikasi media sosial dan platform komunikasi popular, lapor portal berita News18.

Negara itu menyekat rakyatnya daripada menggunakan aplikasi media sosial  popular termasuk Instagram, TikTok, YouTube dan WhatsApp. 

Menurut akhbar Times of India, laman berita Global Eyes News pertama kali melaporkan larangan itu melalui platform  X rasminya.

Ia mengesahkan bahawa mulai semalam dan seterusnya, akses kepada platform kepada media sosial itu akan disekat di seluruh Bangladesh.

Keputusan  Dhaka itu dibuat susulan tindakan serupa oleh Turkiye yang turut mengumumkan larangan terhadap Instagram  awal hari yang sama.

Ini bukan kali pertama Bangladesh mengenakan larangan ke atas platform media sosial milik syarikat Meta. 

Larangan terbaru tersebut diumumkan berikutan penggantungan platform Instagram dan Facebook pada Julai lalu. 

Bagaimanapun, larangan kali ini dibuat  sebagai tindak balas terhadap protes oleh pelajar universiti yang mencetuskan rusuhan ganas berhubung isu pembaharuan kuota pengambilan pekerja sektor awam. 

Turkiye  yang menyekat akses kepada rangkaian media sosial, Instagram tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung punca ia berbuat demikian.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI