fbpx

Olimpik Paris: Riner belum puas empat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINER (biru) meraih emas pertama dalam acara individu di Paris kali ini dan memburu emas kedua dalam acara berpasukan campuran. - AFP

PARIS – Impian Teddy Riner untuk mencipta sejarah sebagai atlet judo pertama memenangi empat pingat emas Sukan Olimpik menjadi kenyataan apabila berjaya menumbangkan jaguh Korea Selatan dalam aksi final heavyweight (100 kilogram) kelmarin.

Kemenangan tersebut memboleh atlet Perancis berusia 35 tahun itu menjadi judoka kedua dalam sejarah yang memenangi tiga pingat emas bagi acara individu Olimpik selepas jaguh Jepun, Tadahiro Nomura yang memenangi tiga gelaran berturut-turut pada Olimpik Atlanta (1996), Sydney (2000) dan Athens (2004).

Dia juga menjadi salah seorang daripada tiga atlet Perancis yang meraih emas pada saingan temasya Olimpik dengan mengikuti jejak dua jaguh lawan pedang, Lucien Gaudin and Christian d’Oriola.

Ketika ini, Riner sedang memburu pencapaian atlet biathlon Perancis, Martin Fourcade yang memenang lima emas dalam Olimpik Musim Sejuk apabila turun dalam satu lagi acara pada edisi kali ini.

Biarpun sudah berusia, Riner masih belum bersedia untuk bersara dan meletakkan sasaran untuk bersaing di Olimpik Los Angeles 2028.

“Saya harap akan dapat pergi ke Los Angeles 2028, tetapi pertama sekali saya perlu berehat seketika untuk melihat pingat ini. Saya perlu meluangkan masa bersama keluarga saya dan kemudian kembali ke latihan untuk mempersiapkan langkah seterusnya,” kata Riner.

Sebagai rekod, Riner yang merupakan sebagai juara dunia sebanyak 11 kali itu membuka perjalanan di pentas Olimpik dengan meraih pingat perak dalam acara individu di Olimpik Beijing (2008).

Selepas itu, Riner menebus kekecewaan itu dengan meraih pingat emas individu sewaktu di Olimpik London (2012), Rio (2016) dan perak serta pingat emas dalam acara berpasukan di Olimpik Tokyo (2020). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI