fbpx

175,000 orang mati kepanasan di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai menyejukkan diri di bawah pancuran air di Paris, pada Khamis minggu lalu. - Foto AFP

BRUSSELS – Haba membunuh lebih 175,000 orang setahun di Eropah yang mengalami peningkatan suhu lebih cepat berbanding kawasan lain di seluruh dunia, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Benua Eropah merangkumi 176,040 kematian atau 36 peratus daripada kira-kira 489,000 kematian keseluruhan berkaitan haba yang direkodkan oleh WHO pada setiap tahun antara 2000 hingga 2019.

Agensi berkenaan menyatakan, suhu di Eropah meningkat sekitar dua kali ganda lebih tinggi daripada kadar purata global.

Rantau Eropah WHO terdiri daripada 53 buah negara, termasuk di Asia Tengah.

“Suhu melampau memburukkan lagi keadaan kronik, termasuk penyakit kardiovaskular, pernafasan dan serebro-vaskular (strok), kesihatan mental dan keadaan berkaitan diabetes,” kata Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge dalam satu kenyataan.

Tambahnya, haba melampau mengundang masalah kepada warga emas dan menjadi beban tambahan untuk wanita hamil.

“Tiga tahun paling panas dalam rekod untuk rantau ini (Eropah).

“Semua itu telah berlaku sejak 2020 dan 10 tahun paling panas sejak 2007,” kata Kluge.

Menurut WHO, terdapat peningkatan 30 peratus dalam kematian berkaitan haba di rantau itu sejak dua dekad lalu.

Badan dunia itu menyatakan, tekanan haba akan berlaku apabila tubuh manusia tidak lagi dapat mengekalkan suhu optimumnya.

Ia adalah punca utama kematian berkaitan iklim di rantau Eropah, kata WHO. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI