fbpx

Ibu sebat anak 100 kali dijel 13 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan pintu masuk sebuah penjara di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA  – Seorang ibu dipenjara 13 bulan selepas mengaku salah menyebat anak lelakinya yang  berusia enam tahun lebih 100 kali dengan tali pinggang kerana berkelakuan nakal, lapor portal berita The New Paper hari ini.

Wanita itu juga menumbuk anaknya  dan memaksa mangsa berdiri dalam keadaan terbalik iaitu tangan ke bawah selain menendang serta menamparnya.

Dia kemudian membuat laporan polis palsu bahawa kanak-kanak itu didera oleh teman lelakinya.

Wanita itu mengaku bersalah pada Ogos 2023 atas pertuduhan mendera anaknya tetapi hukuman terhadap tertuduh dibacakan oleh sebuah mahkamah daerah hari ini.

Nama wanita berusia 33 tahun itu tidak boleh didedahkan bagi melindungi identiti budak lelaki itu.

Ketika melakukan kesalahan pada Mei 2020, mangsa tinggal bersama tertuduh, adik-beradiknya yang lain dan teman lelaki  tertuduh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI