fbpx

Kes samun Semenyih: Seorang lagi suspek serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KAJANG – Seorang lagi suspek kes samun warga asing di Jalan Sungai Pening Pasir Semenyih, di sini, telah tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan orang awam itu direman bersama suspek penjawat awam di Mahkamah Kajang.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hati bermula hari ini hingga Khamis depan.

“Setakat ini disahkan seramai empat suspek ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung untuk hadir ke IPD Kajang bagi menyalurkan maklumat.

Semalam Kosmo! melaporkan polis Selangor menahan dua suspek dipercayai terlibat dengan kes tersebut di Batalion 19, Pasukan Gerakan Am, Cheras.

Sementara itu, seorang lagi suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, tengah hari semalam.

Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI