fbpx

Kecederaan pulih, Suga kembali aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUGA

SELEPAS mengambil masa berehat untuk fokus kepada kesihatannya sebelum ini, penyanyi Suga dilaporkan kembali bekerja selepas dia dilihat menjalani penggambaran sebuah iklan bersama BTS.

Bagaimanapun, memetik laporan Kstarlive baru-baru ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada agensi Big Hit Entertainment bagi mengesahkan berita tersebut.

Terdahulu pada 6 November lalu, Suga menjalani pembedahan pada bahagian bahunya. Kecederaan tersebut berkait dengan insiden kemalangan melibatkan penyanyi itu yang dilanggar sebuah kereta pada 2012.

Disebabkan itu, Suga atau nama sebenarnya Min Yoon-gi direhatkan daripada menyertai sebarang aktiviti promosi bersama BTS.

Bagaimanapun, pada 21 November lalu, dia yang muncul dalam sebuah siaran langsung V LIVE memaklumkan kepada peminat bahawa keadaan kesihatannya bertambah baik.

“Sekarang kesakitan beransur hilang. Hari ketiga selepas pembedahan selesai, saya berasa sangat sakit. Sampaikan tidak boleh tidur lena.

“Bagaimanapun, semuanya sudah beransur pulih. Saya dapat tidur dengan baik sekarang tanpa masalah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI