fbpx

Olimpik Paris: Peluang Pearly-Thinaah raih pingat belum padam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY dan Thinaah terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasangan China sekali gus gagal mara ke pentas final. - AFP

HASRAT beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir Sukan Olimpik Paris 2024 tidak tertunai apabila langkah mereka tersekat di pusingan separuh akhir.

Pada aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris semalam, bekas juara Terbuka Perancis itu akur dengan kekalahan 12-21, 21-18, 15-21 kepada beregu No. 1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Keputusan itu turut menyaksikan Pearly-Thinaah gagal untuk menebus kekalahan yang dialami kepada gandingan tersebut ketika tewas 17-21, 20-22 dalam saingan peringkat Kumpulan A minggu lalu.

Turun sebagai pilihan utama kejohanan, Qing Chen-Yi Fan memulakan aksi set pertama dengan cukup tenang selain memaksa beregu negara melakukan kesilapan-kesilapan mudah sehingga membolehkan mereka mendahului 13-7.

Tersentak dengan situasi tersebut, Pearly-Thinaah kemudiannya mula menerapkan aksi menyerang dan berjaya merapatkan 10-16, namun ia belum cukup untuk menghalang pasangan China menamatkan aksi set pertama dengan kemenangan 21-12.

Bersambung set kedua, Qing Chen-Yi Fan mendahului perlawanan 3-0 hasil kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan beregu negara, namun Pearly-Thinaah kembali memperkemaskan permainan dan menyamakan kedudukan 15-15.

Kebangkitan itu sekali gus menghadirkan semangat baharu buat Pearly-Thinaah dan meletakkan beregu China dalam keadaan tertekan sebelum menang 21-18 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set penentuan, Qing Chen-Yi Fan terus mengekalkan rentak konsisten dengan mendahului 4-0, namun Pearly-Thinaah tidak memberikan laluan mudah apabila bangkit merapatkan kedudukan 3-7.

Kemudiannya, api kebangkitan beregu negara terus menyala apabila mengejar kedudukan pasukan lawan dengan 14-17, namun ia masih belum cukup untuk menghalang Qing Chen-Yi Fan daripada menamatkan set ketiga dengan kemenangan 21-15.

Meskipun tidak dapat meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir, namun Pearly-Thinaah masih berpeluang untuk meraih pingat apabila bakal turun dalam aksi penentuan pingat gangsa hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI