fbpx

Tak jadi kudis, bahagia saja jadi ibu bapa segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Zain Saidin, Ail Aziz serta dua pemgaruh media sosial, Ubai dan Watie terbukti individu istimewa apabila dihadirkan pasangan yang sudah memiliki zuriat daripada perkahwinan terdahulu.

PERNIKAHAN penyanyi Sarah Suhairi dengan lelaki pilihannya, Aswad Anuar baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.

Bukan terkejut kerana perkara yang kurang baik sebaliknya, mereka bijak menyimpan rahsia percintaan daripada pengetahuan umum.

SARAH Suhairi mengahwini Aswad yang secara tidak langsung terus bergelar ibu tiri kepada tiga orang anak suaminya daripada perkahwinan terdahulu.

Namun, paling membuatkan ramai tertarik dengan berita perkahwinan tersebut adalah status suaminya yang merupakan duda anak tiga.

Sepertinya, ini bukan kali pertama selebriti tanah air berkahwin dengan lelaki berstatus duda atau janda dan memiliki anak hasil perkahwinan terdahulu.

HibGlam minggu ini menyenaraikan beberapa selebriti yang bergelar ibu bapa ‘segera’ selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing.

Aidil Aziz, Fasha Sandha

PADA 2019, Fasha Sandha menamatkan zaman jandanya apabila sah bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz dalam sebuah majlis di Perlis.

Aidil yang ketika itu berusia 30 tahun sekali gus bergelar bapa kepada dua cahaya mata Fasha iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Rayfal dan Rasyha merupakan anak daripada perkahwinan terdahulu Fasha dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli.

Hasil perkahwinan Aidil dan Fasha, mereka dikurniakan anak perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia empat tahun.

Watie Hanifiah, Shuib

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan pelawak dan usahawan Shuib pada Jun 2023, nama Watie Hanifiah kerap menjadi bahan bualan ramai.

Masakan tidak, Watie yang berstatus anak dara memilih Shuib yang merupakan duda anak empat sebagai suaminya.

Pada awalnya ramai yang meragui keikhlasan Watie, namun hari demi hari, kasih sayangnya terhadap empat anak Shuib hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Sarah semakin erat.

Tidak kekok bergelar seorang ibu ‘segera’ kepada empat anak tirinya, Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun turut menunjukkan kasih sayang mereka terhadap wanita berusia 35 tahun itu.

Ubai, Shila Amzah

PERBEZAAN umur isteri tujuh tahun lebih tua bukan penghalang buat pempengaruh media sosial, Ubai untuk menikahi penyanyi, Shila Amzah pada 5 Ogos tahun lalu.

Bukan sahaja perbezaan umur, status ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki, Seth Uwais, 4, juga tidak melunturkan rasa cintanya terhadap pelantun lagu Patah Seribu itu.

Meskipun menjadi bapa ‘segera’, Shila sebelum ini memuji cara Ubai yang tidak kekok melayan dan menjaga Seth Uwais seperti anak kandungnya sendiri.

Sementara itu, hasil perkahwinan dengan Shila, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Bernama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan.

Zain Saidin, Che Ta

KEPUTUSAN Zain Saidin untuk menikahi Rozita Che Wan atau Che Ta yang berstatus ibu tunggal anak dua pada tahun 2013 pernah dipertikaikan suatu ketika dulu.

Bergelar bapa ‘segera’ kepada dua anak lelaki iaitu Ammar Effendi dan Aniq Ezra dan mengahwini wanita berumur 40 tahun pada usia 29 tahun turut mengejutkan ramai.

Menurut Che Ta sebelum ini, meskipun ramai yang mempertikaikan perbezaan umur mereka, dia sentiasa percaya bahawa jodoh tidak pernah salah alamat dan yakin dengan aturan Tuhan.

Bahagia mendirikan rumah tangga selama 11 tahun, pasangan itu turut dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kerap mencuri perhatian ramai dengan gelagat comelnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI