fbpx

Aksi Werner terus kecewakan Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER (kanan) terus kemarau jaringan dalam 10 perlawanan termasuk gagal meledak gol ketika Chelsea tewas 1-3 kepada Arsenal awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard mengakui bahawa penyerangnya, Timo Werner tidak memberikan bantuan yang cukup untuk pasukannya ketika mereka tewas 1-3 kepada Arsenal awal pagi semalam.

Werner yang beraksi tanpa menjaringkan sebarang gol dalam 10 perlawanan untuk semua kejohanan, dikeluarkan pada separuh masa kedua dan digantikan oleh Callum Hudson-Odoi ketika mereka ketinggalan dengan dua gol.

Kemarau jaringan tersebut menyaksikan Werner berdepan kegagalan menjaringkan gol pa­ling lama sejak 2016 menyebabkan dia mula berdepan tekanan tinggi di Stamford Bridge.

“Kegagalan menjaringkan gol menyebabkan pemain di bahagian serangan sentiasa menjadi mangsa penilaian pelbagai pihak.

“Saya boleh memasukkan pemain gantian dengan lebih ramai tetapi saya fikir keputusan yang dilakukan adalah untuk memberikan tenaga pada dua bahagian yang dirasakan perlu.

“Untuk aksi kali ini, saya fikir Timo gagal memberikan aksi yang lebih baik ketika bersama ataupun tanpa bola. Kami bersedia untuk memberikannya ruang. Saya selalu berkata se­perti ini kerana dia hadir dari liga yang berbeza tetapi dia harus segera menyesuaikan diri.

“Kami turut berdepan masalah keletihan. Saya bercakap dengannya tetapi saya perlu melakukan perubahan pada setiap perlawanan,” ­katanya.

Dalam pada itu, Lampard juga mengakui akan mempertimbangkan semula pemain yang sepatutnya diberikan tugas untuk mengambil sepakan penalti selepas Jorginho gagal melakukannya pada aksi awal pagi semalam.

Pemain tengah Itali itu gagal menyempurnakan tiga daripada enam peluang menyebabkan pengurus itu bersedia untuk memberikan tugas tersebut kepada Werner ataupun Tammy Abraham pada aksi selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI