fbpx

‘Saya cantik bukan hendak mengurat orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENOT menafikan pernah menjalani sebarang proses pembedahan kosmetik untuk menjadi cantik.

PETALING JAYA – Menyangkal dakwaan melakukan pembedahan wajah, pelakon dan pelawak Enot memberitahu perubahan bentuk mukanya berpunca daripada penurunan berat badan.

Enot atau nama lengkapnya Aliza Abdullah, 45, berkata, dia tidak pernah menjalani sebarang proses pembedahan kosmetik untuk menjadi cantik.

“Muka saya kelihatan berubah kerana saya sudah menurunkan berat badan sedikit. Jadi sebab itu muka saya kelihatan sedikit berbeza.

“Jangan cakap saya buat pembedahan kerana saya tidak pernah meletakkan pisau (pembedahan) dekat muka. Dekat perut saja saya letak iaitu masa melahirkan anak,” katanya.

Pelakon filem Cinta Luar Biasa itu memberi reaksi tersebut bagi menjawab pertanyaan seorang pengguna aplikasi TikTok dalam video siaran langsung yang mendakwa bentuk mukanya berbeza berbanding sebelum ini.

Enot bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai proses penuruhan berat badannya itu.

Dalam pada itu, Enot turut mengatakan wajahnya kelihatanberbeza kerana menggunakan penyaring atau filter media sosial.

“Adakah anda baru ke dalam TikTok. Untuk makluman, TikTok menyediakan filter percuma yang boleh digunakan. Saya sudah turunkan berat badan jadi sebab itu muka saya nampak lain,” katanya lagi.

Enot turut memberitahu usaha untuk menurunkan berat badan kerana ingin membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan.

Pelakon drama Odah Drebar itu juga tidak mahu bentuk fizikal yang gempal dijadikan sebagai alasan untuk tidak berani membuat perubahan.

“Saya sekarang ini lebih positif dan memerlukan perubahan. Saya tidak mahu duduk di takuk lama saja. Bukan kerana saya sudah tua, gemuk seperti dahulu jadi saya hanya perlu duduk saja di situ (tiada perubahan). Sebagai manusia kita mesti hendak melalui proses perubahan (ke arah kebaikan) untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa.

“Saya sendiri tidak berubah kerana orang lain. Saya berubah kerana saya tidak mahu jatuh sakit, tidak mahu pinggang saya kena buat pembedahan atau apa-apa.

“Saya cantik bukan untuk pergi mengurat orang atau buat benda bukan-buakan, tetapi saya kena cantik sebab saya ingin buat kemunculan semula,” jelasnya.

Awal Julai lalu Enot pernah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 58 kilogram (kg) iaitu daripada 140 kg kepada 82 kg. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI