fbpx

RTM tidak sengaja siar perlawanan badminton Israel, Nepal – Suhaimi Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimi berkata, RTM juga memastikan agar sukan utama yang menjadi tontonan rakyat Malaysia dapat diikuti secara percuma.

PETALING JAYA – Radio Televisyen Malaysia (RTM) menafikan stesen itu menyiarkan perlawanan Israel menentang Nepal secara langsung tanpa menyiarkan perlawanan Lee Zii Jia menentang Pablo Abian dari Sepanyol pada 31 Julai lalu.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, perlawanan badminton perseorangan lelaki membabitkan wakil Malaysia itu ada siaran langsung, manakala pertembungan antara atlet Israel dan Nepal pula disiarkan tanpa sengaja dalam tempoh kurang dari lima minit.

“RTM selaku penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 menyiarkan perlawanan Lee Zii Jia secara langsung di Saluran Okey pada 8.50 malam hingga 9.30 malam, 31 Julai 2024.

“Perlawanan badminton yang melibatkan pemain Israel menentang Nepal disiarkan secara tidak sengaja melalui feed saluran terbuka di RTMKlik Saluran Olimpik 4 iaitu salah satu daripada enam saluran khas Olimpik kurang dari lima minit.

“Bagaimanapun, pihak produksi telah mengambil tindakan segera dengan menukar siaran ke acara lain iaitu bola baling,” katanya dalam kenyataan media.

Dalam kenyataan sama, Suhaimi berkata, RTM juga memastikan agar sukan utama yang menjadi tontonan rakyat Malaysia dapat diikuti secara percuma.

“RTM menyiarkan secara langsung Sukan Olimpik melalui Saluran TV Okey dan Saluran Sukan serta enam saluran khas di RTMKlik bagi memenuhi hasrat rakyat Malaysia yang mahu merasai kehangatan Sukan Olimpik lebih dekat bermula 27 Julai lepas hingga 12 Ogos,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta RTM memberi penjelasan berhubung dakwaan tiada siaran langsung aksi pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024.

Ini susulan seorang pengguna laman Facebook meluahkan kekesalan apabila stesen televisyen nasional tidak menyiarkan aksi Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia Pablo Abian, sebaliknya menayangkan perlawanan antara atlet Israel, Misa Zilberman dan Nepal, Prince Dahal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI