fbpx

Amerika syok sendiri, kira pingat ikut suka hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan ranking negara-negara dalam Sukan Olimpik setakat semalam. - AGENSI

NEW YORK – Amerika Syarikat(AS) sekali lagi menggunakan helah lamanya pada kejohanan Sukan Olimpik Paris.

Walaupun negara ‘super power’ sukan itu dijangka mengungguli kutipan pingat di Perancis, pegawai-pegawai AS telah mengubah carta pingat selepas terdapat bayangan negara berkenaan diatasi.

Mereka melakukan perkara serupa pada Olimpik Tokyo 2020.

Tradisi Sukan Olimpik menyatakan bahawa kedudukan sesebuah negara ditentukan oleh bilangan pingat emas yang dimenanginya.

Hanya bila bilangan emas seri, barulah angka pingat perak dikira dan peraturan sama digunakan untuk gangsa.

Bagaimanapun, banyak penerbitan utama AS termasuk NBC dan New York Times sebelum ini pernah menggunakan cara sendiri untuk menentukan kedudukan negara-negara dunia dalam Sukan Olimpik iaitu jumlah pingat yang dimenangi secara keseluruhan.

Perkara itu berlaku sekali lagi pada Sukan Olimpik di Paris.

Ini selepas AS mengumpulkan paling banyak pingat berbanding negara-negara lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI