fbpx

Lelaki miliki 18 rekod jenayah rempuh konstabel polis diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang mempunyai 18 rekod jenayah lampau diberkas selepas merempuh konstabel polis ketika menjalankan Op Tapis Khas di kawasan Klinik Kesihatan di Sungai Dua, kelmarin.

Penahanan suspek berusia 44 tahun itu dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL), selepas sehari kejadian berlaku kira-kira pukul 8.20 pagi.

Mangsa yang dikatakan bertugas di Balai Polis Central itu dilaporkan terpaksa menerima beberapa jahitan pada kepala akibat terpelanting dari motosikal yang dia tunggang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, suspek telah ditahan di kawasan Air Itam, semalam.

“Suspek yang ditahan mempunyai 14 rekod lampau berkaitan dadah dan empat kes jenayah. Dia juga yang positif dadah kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Mengulas mengenai kejadian itu , Razlam berkata, Op tersebut dijalankan selepas polis menerima aduan terdapat kegiatan penjualan dadah kepada penagih yang menerima rawatan metadon di kawasan klinik berkenaan.

“Ketika pihak polis cuba menahan lelaki itu yang menaiki sebuah motosikal jenis Kriss, suspek yang juga penagih dadah bertindak melanggar anggota polis berusia 27 tersebut.

“Suspek bertindak demikian kerana mahu melarikan diri dari ditahan pihak berkuasa,” katanya anggota polis terbabit telah diberi rawatan awal di klinik kesihatan sama sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI