fbpx

Bilionair ada 100 anak mahu lebih ramai zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 21 September 2015 menunjukkan Pavel Durov (kiri). – AFP

MOSCOW – Harga yang perlu dibayar untuk membeli sperma salah seorang taikun teknologi terkaya di dunia didedahkan,  di samping bilangan luar biasa anak-anak yang menjadi zuriatnya, lapor laman berita Daily Star semalam.

Pavel Durov ialah bilionair Russia di belakang aplikasi mesej Telegram dan media sosial tempatan, Vkontakte.

Dianggarkan memiliki kekayaan sekitar £14 bilion(RM81.69 bilion), bilionair berusia 39 tahun yang mempunyai lima kerakyatan rasmi termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Perancis, Saint Kitts dan Nevis, Russia serta bekas Kesatuan Soviet itu mengaku dia menjadi bapa kepada 100 anak kandung.

Menurut laman berita Russia,  E1.RU, sperma Durov tersedia untuk dibeli dari sebuah klinik di Moscow pada harga cuma 35,000 rubel(RM1,596).  Anda akan bergelut untuk mencarinya kerana Durov hanya dilabelkan sebagai ‘penderma sperma enam’ manakala harga sperma tersebut boleh ‘meroket’ bergantung kepada cara anda ingin menggunakannya.

Untuk rawatan IVF, siasatan  E1 mendapati kos tersebut melonjak kepada lebih 300,000 rubel (RM15,960).

Siasatan laman web berkenaan turut mendapati profil penderma berkenaan (Durov) menyatakan bahawa dia seorang vegetarian, gemar bangun pagi dan bertutur sembilan bahasa asing termasuk Inggeris, Parsi dan Latin.

Di sebalik memiliki begitu ramai anak, undang-undang pendermaan sperma Russia menyatakan bahawa tiada seorang pun zuriat Durov berhak menuntut harta kekayaannya.

Pakar undang-undang, Sergei Zhorin memberitahu E1: “Sudah tentu sesetengah wanita akan cuba pergi ke mahkamah tetapi peluang mereka adalah sifar”.

“Saya tidak menolak terdapat negara di mana undang-undangnya berbeza. Durov mengambil risiko apabila mendedahkan maklumat tentang pendermaan spermanya kerana provokasi boleh bermula,” katanya.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI