fbpx

Olimpik Paris: Tuah tak memihak Tang Jie-Ee Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kiri) dan Ee Wei akur gagal ke separuh akhir apabila tewas di tangan beregu Korea Selatan awal pagi semalam. - MSN MALAYSIA

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meraih pengalaman cukup berharga sepanjang beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 biarpun terpaksa pulang lebih awal selepas tersingkir di pusingan suku akhir.

Pada aksi suku akhir berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris awal pagi semalam, pasangan No. 9 dunia itu akur dengan kekalahan straight-set 19-21, 14-21 kepada beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun.

Meskipun tidak dapat meneruskan kemaraan ke separuh akhir, namun pencapaian dilakar Tang Jie-Ee Wei wajar diberikan pujian memandangkan ini adalah penampilan pertama mereka di temasya sukan terbesar dunia itu.

Tang Jie berkata, dia dan Ee Wei sudah melakukan persiapan terbaik menghadapi perlawanan itu tetapi masih ada beberapa aspek perlu diperbaiki seperti kemampuan untuk menangani situasi-situasi tertentu.

“Bagi saya, apa yang perlu diubah sedikit mungkin dari segi mental. Kami sudah melakukan persiapan sebaiknya tetapi apabila masuk ke gelanggang, masih ada beberapa perkara belum matang seperti menangani situasi.

“Berhubung tekanan, saya fikir semua orang pun ada tekanan tersendiri. Saya rasa kami dapat menangani tekanan tersebut tetapi nasib tidak menyebelahi kami untuk melakukannya (layak ke separuh akhir),” katanya.

Terdahulu, Tang Jie-Ee Wei mencipta sensasi apabila melakar kejutan dengan menewaskan pilihan kedua dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 17-21, 21-15, 21-16 dalam saingan peringkat kumpulan.

Dalam pada itu, Ee Wei pula menganggap sudah menimba pengalaman cukup berharga pada Olimpik kali biarpun mengakui mereka tidak dapat mengeluarkan aksi terbaik di suku akhir.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik pernah dilakar Malaysia dalam acara beregu campuran adalah menerusi gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang memenangi pingat perak pada Olimpik Rio 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI