fbpx

Liverpool buktikan status pencabar EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (tengah) menjaringkan satu gol buat Liverpool ketika menewaskan Arsenal 2-1 dalam aksi pramusim di AS semalam. - AFP

PHILADELPHIA – Liverpool berjaya menamatkan kempen pramusim di Amerika Syarikat (AS) dengan nota kemenangan selepas menewaskan pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal 2-1 semalam.

Pada aksi di Stadium Lincoln Financial Field itu, The Reds berjaya meraih kemenangan hasil jaringan Mohamed Salah dan Fabio Carvalho, manakala gol tunggal The Gunners diperoleh menerusi Kai Havertz.

Carvalho mengakui sangat teruja apabila dapat meledak gol kemenangan selain percaya keputusan tersebut membuktikan barisan pemain sudah ‘hadam’ dengan corak taktikal serta falsafah bola sepak diterapkan pengurusnya, Arne Slot.

“Ini adalah perlawanan yang sukar tetapi akhirnya kami dapat terapkan corak permainan ini. Pengurus (Slot) percaya ia boleh lakukan di atas padang pada musim ini.

“Arsenal bukanlah calang-calang pasukan kerana mereka hampir mencabar kejuaraan EPL musim lalu dan sudah tentu kami bangga dengan keputusan yang dilakar kali ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui pasukannya sudah merasai cabaran sebenar sebelum tirai EPL dibuka dalam tempoh dua minggu lagi.

“Saya akui aksi bertemu Liverpool adalah ujian terbaik untuk menguji tahap intensiti pasukan sebelum liga bermula nanti.

“Namun, harus diakui pasukan agak kepenatan tetapi saya gembira tiada sebarang kecederaan yang dialami pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI