fbpx

Rumah kena samun, tukang kayu cedera dilibas parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINGKAP yang dipecahkan oleh dua suspek dalam kejadian samun di sebuah rumah di Jalan Ketoyong, Tanjung Malim pada pukul 5.30 pagi tadi. - Foto IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Seorang tukang kayu lelaki berumur 62 tahun menerima sembilan jahitan di tangan kanannya apabila dicederakan dalam kejadian samun melibatkan dua suspek lelaki bersenjatakan sebilah parang di Jalan Ketoyong di sini pada pukul 5.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, pada mulanya, mangsa telah terdengar bunyi anjing menyalak dengan kuat.

“Setelah itu, mangsa membuat pemeriksaan di luar tingkap dan mendapati dua suspek sedang memecahkan tingkap rumah. Salah seorang daripada mereka memegang senjata sebilah parang,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, apabila kedua-dua suspek menyedari mangsa berada didalam bilik rumah itu, mangsa bertindak mengunci namun suspek bertindak memecahkan pintu bilik tersebut.

“Berlaku pergelutan melibatkan mangsa. Salah seorang suspek telah melibaskan parang dan menyebabkan tangan kanan pengadu cedera. Anggaran kerugian yang dialami mangsa kira-kira RM1,200.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI