fbpx

Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok dijangka hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (kanan) merasmikan Kem Kesihatan Minda, Kunci Kesejahteraan Warga Emas di Dewan Komuniti RKT Kesedar Jeram Tekoh di Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dapat dikuatkuasakan sepenuhnya selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, akta yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan ini masih dalam peringkat akhir kelulusan.

“Insya-Allah akta itu masih peringkat terakhir. Apa yang kita katakan sebagai Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 peraturan dan perintah sudah diangkat kepada Jabatan Peguam Negara.

“Apabila semua siap nanti, kami benar berharap agar dapat laksanakan akta itu,” katanya kepada pemberita selepas Kem Kesihatan Minda, Kunci Kesejahteraan Warga Emas di Dewan Komuniti Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI