fbpx

Usah jadi bacul! – Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan pihak Meta menurunkan hantaran video serta ucapan takziah beliau terhadap pembunuhan, Allahyarham Ismail Haniyeh, semalam.

Kandungan itu turut mengandungi kritikan terhadap pembunuhan berkenaan.

Anwar menerusi hantarannya di media sosial menegaskan agar pihak Meta tidak menjadi pengecut dan perkakas rejim Zionis Israel.

“Meta sekali lagi bertindak biadab dan telah menghina perjuangan rakyat Palestin apabila menurunkan hantaran video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Almarhum Ismail Haniyeh.

“Tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.

“Peringatan tegas saya terhadap Meta – usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel,” tegasnya.

Terdahulu, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut mengecam tindakan pihak Meta menurunkan hantaran foto perjumpaan Perdana Menteri, dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar Mei lalu.

PMO dalam kenyataan berkata, tindakan tersebut ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI