fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Cuaca diramalkan cerah hampir di seluruh negara ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 9.30 pagi ini.

Bagaimanapun MetMalaysia melaporkan, terdapat beberapa kawasan dijangka mengalami hujan pada pagi ini iaitu di Kedah (Alor Setar) dan Johor (Senai).

Dalam masa sama, MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan maklumat terkini keadaan cuaca. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI