fbpx

Liga Super: JDT hampir sangkut ‘roadblock’ PDRM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain naturalisasi JDT, Natxo Insa cuba merebut bola pada aksi Liga Super menentang PDRM FC sebentar tadi. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Skuad Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) menjadi pasukan pertama musim ini yang berjaya mencuri mata berharga ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas seri 1-1 pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium MP Selayang itu, skuad The Cops kendalian P. Maniam mempamerkan taktikal bertahan dengan strategi serangan balas pantas yang dilihat membuahkan hasil di awal permainan.

Gol pertama perlawanan berjaya dijaringkan hasil gerakan menarik yang berjaya disudahkan oleh Shahrel Fikri Md. Fauzi pada minit ke-22.

Namun, kegembiraan tuan rumah tidak bertahan lama apabila JDT menyamakan kedudukan menerusi penyudah Oscar Arribas berselang 10 minit kemudian.

Bersambung pada babak kedua, skuad Harimau Selatan hampir meraih gol kemenangan tetapi sepakan percuma Juan Muniz sekadar menggegar palang gol.

PDRM dilihat terus kebal untuk mempertahankan kedudukan 1-1 sekali gus mencuri satu mata berharga dengan keputusan kekal sehingga wisel penamat.

JDT akan mengalihkan tumpuan untuk mengharungi aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI