WASHINGTON – Sebuah rakaman video tular menunjukkan seorang wanita meraikan perceraiannya dengan menari dalam sebuah parti, lapor laman berita Independent semalam.
Dalam video yang dikongsi di laman Instagram, Shehrose Noor Mohammad, 32, menari dengan diiringi lagu Bollywood pada pesta cerai yang dipercayai diadakan di Amerika Syarikat (AS).
Beberapa belon turut dipasang di parti tersebut dan terdapat ayat bertulis ‘Divorce mubarak’ (tahniah atas perceraian anda).
Klip itu disiarkan semula di kumpulan Facebook My Home Islamabad dengan kebanyakan komen mengkritik wanita tersebut kerana meraikan perceraiannya.
“Perceraian tidak patut diraikan sama sekali,” tulis seorang netizen.
Shehrose sebelum ini memenangi pertandingan ratu cantik Miss South Asia World 2024 dan berasal dari Pakistan. – AGENSI