fbpx

Lima individu dipercayai racun mati sembilan anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bangkai anjing yang diracun.

IPOH – Sembilan ekor anjing liar ditemui mati di sekitar kawasan kilang di Puncak Jelapang di sini pada Khamis lalu dan kelmarin dipercayai diracun lima individu tidak bertanggungjawab.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima satu laporan berkaitan kejadian tersebut daripada seorang wanita yang berusia 40 tahun yang merupakan penduduk setempat.

“Dua daripada sembilan bangkai anjing liar tersebut ditemui di hadapan rumahnya kira-kira pada pukul 10 malam Khamis lalu.

“Tujuh lagi bangkai haiwan berkenaan ditemui di belakang kilang keesokannya dan dia percaya semua anjing tersebut diracun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohamad Nordin, wanita tersebut juga sebelum itu mendakwa melihat lima kelibat lelaki berada di lorong berhampiran rumahnya namun dia tidak mengetahui apa yang dilakukan mereka di situ.

Katanya, laporan polis dibuat untuk keselamatan diri wanita berkenaan dan langkah berjaga-jaga untuk penduduk setempat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam satu kenyataan di Facebooknya mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sekumpulan individu tersebut.

Katanya, tindakan meracun mati haiwan berkenaan tidak akan menyeleaikan masalah kejiranan malah ia tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Individu yang melakukan perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“SAFM meminta kerjasama saksi untuk tampil membantu siasatan dan kami akan berusaha menegakkan keadilan buat anjing-anjing ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI