fbpx

Kuwait Finance House henti operasi di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemberhentian operasi Kuwait Finance House tidak akan beri kesan kepada perkhidmatan kepada pelanggan, pekerja dan rakan kerjasamanya.

PETALING JAYA – Kuwait Finance House K.S.C.P. (Kumpulan KFH) mengesahkan bahawa kumpulan tersebut akan berundur secara sukarela dari pasaran Malaysia, sekali gus menghentikan operasi Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB).

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada penilaian semula strategi perniagaan antarabangsa Kumpulan KFH untuk memberi tumpuan dalam mengembangkan perniagaan di pasaran serantau (Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk atau GCC dan Timur Tengah).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Ida Aizun Husin berkata, KFHMB adalah entiti yang masih beroleh keuntungan dan akan terus beroperasi dengan asas kewangan yang kukuh dalam proses peralihan ini. 

“Keadaan ini akan dapat memastikan semua komitmen kami dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Fokus utama kami adalah untuk memastikan proses peralihan yang lancar, mencerminkan penghargaan mendalam kami kepada rakan kerjasama perniagaan kami di Malaysia. 

“Proses ini tidak akan memberi sebarang gangguan perkhidmatan kepada pelanggan, pekerja, dan rakan kerjasama kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ida Aizun menjelaskan, bagi memastikan peralihan yang lancar, KFHMB sedang mempertimbangkan penjualan sebahagian segmen portfolio tertentu kepada pembeli yang berminat, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Keseluruhan proses ini akan mematuhi rangka kerja pengawalseliaan di Malaysia, termasuk pematuhan kepada prinsip-prinsip syariah.

“KFHMB amat menghargai sokongan Kerajaan Malaysia serta pelbagai badan pengawalselia atas sokongan yang berterusan. Kami berharap hubungan yang kukuh akan terus berkekalan sepanjang proses peralihan ini.

“KFHMB akan terus memberi maklumat penting yang terkini kepada semua pihak yang berkaitan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI