fbpx

1,196 kes baharu, satu kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,196 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 105,096 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 1,191 kes penularan tempatan.

“Selain itu, sebanyak 997 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 84,411 kes.

“Satu lagi kes kematian Covid-19 direkod membabitkan seorang lelaki berusia 71 tahun di Sabah iaitu jenazahnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu menjadikan sebanyak 452 kes kematian di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 111 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 50 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI