fbpx

Institut Madina pilih Perak sebagai lokasi kampus baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasreen Khanum (kiri) menerima Surat Niat daripada Mahmood (kiri) pada Majlis Perasmian Penutup Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Perak dikenal pasti sebagai lokasi bersesuaian bagi penubuhan kampus baharu Institut Madina yang kini telah bertapak di beberapa buah negara seperti Afrika Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan berkata, institusi pengajian tinggi berkenaan akan menjalin kerjasama dengan pihaknya bagi penubuhan kampus terbaharu tersebut.

“Kami mengalu-alukan cadangan Institut Madina itu dan teruja dengan manfaat bakal diraih di wilayah kita ini.

“Ia merupakan satu peluang yang baik bagi meningkatkan program pendidikan Islamik di sini selain memupuk kepelbagaian budaya di Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Penubuhan kampus tersebut dijangka mencipta peluang baharu bagi pendidikan Islamik di negara ini sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia secara signifikan sebagai sebuah hab pengajian Islam.

Kurikulum ditawarkan di Institut Madina merangkumi pelbagai subjek, antaranya pengajian al-Quran, hadis serta perundangan Islam.

Mengulas tentang perkara tersebut, Pemegang Amanah Institut Madina di Afrika Selatan, Mahmood Khatib berkata, pihaknya berasa teruja untuk menawarkan program pengajiannya di Malaysia dan mendapati Perak merupakan lokasi ideal bagi kampus baharu itu.

Beliau menjelaskan, antara perkara yang menjadi faktor negeri ini menjadi pilihan bagi kampus baharunya adalah persekitaran kondusif bagi peluang pendidikan.

“Kami percaya dengan penubuhan kampus ini di Malaysia, ia akan meningkatkan akses bagi pendidikan Islamik berkualiti tinggi dan menguatkan komuniti dengan prinsip-prinsip Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI