fbpx

Ibu bapa dikecam suruh anak bergambar tepi aligator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kanak-kanak perempuan yang berdiri di sebelah aligator liar untuk bergambar. - Instagram

BANDAR EVERGLADES, FLORIDA – Sepasang suami isteri di Florida mengundang kecaman pengguna media sosial selepas menyuruh anak-anak mereka mendekati seekor aligator semata-mata untuk merakam gambar, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Kejadian berlaku di Taman Negara Everglades di negeri Florida, yang menempatkan pelbagai jenis dan spesies hidupan liar. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok, pasangan tersebut dilihat menggesa anak-anak perempuan mereka berdiri di sebelah aligator dengan jarak dekat. 

Lebih mengejutkan apabila mereka mengabaikan keselamatan kanak-kanak itu demi sekeping gambar, seolah-olah reptilia tersebut tidak berbahaya. 

Video sama turut memaparkan individu lain memanggil anaknya untuk menyertai kanak-kanak tersebut merakam gambar bersama buaya itu. 

Video itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen berang dengan tindakan ibu bapa berkenaan yang meletakkan keselamatan anak-anak mereka dalam bahaya. 

“’Sudah tentu membiarkan anak-anak selesa dengan aligator adalah tindakan keibubapaan yang cemerlang,” kata seorang netizen secara sinis. 

“’Bagaimana ibu bapa boleh membenarkan kejadian ini? Marah!” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI