fbpx

Terima kasih Jin wei atas perjuangan, anda ‘pemenang’ sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jin Wei.

PETALING JAYA – Biarpun tewas, namun semangat juang tinggi yang dipamerkan pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei dalam aksi Sukan Olimpik Paris sebentar tadi berjaya memenangi hati rakyat Malaysia.

Nama bekas juara remaja dunia itu kini ‘trending’ (sohor) di media sosial dengan rata-rata memuji kesungguhan dan tekad yang ditunjukkan atlet negara tersebut ketika menentang pemain dari Korea Selatan, Kim Ga Eun pada pusingan 16 terakhir.

“Terima Kasih Goh Jin Wei di atas perjuangan. Perlawanan tiga set yang sengit dan semangat yang ditunjukkan tidak boleh dipertikaikan. Dia sudah buat yang terbaik,” kata Giarc Nibisna.

“Perlawanan yang hebat Jin Wei. Perjalanan anda ke Sukan Olimpik sememangnya tidak mudah. Saya menangis hari ini, bukan kerana keputusan tetapi melihat semangat anda. Terima kasih kerana tunjuk ajar apa erti jangan putus asa,” jelas Finlywan.

“Semua rakyat Malaysia perlu tengok perlawanan ini dan lihat semangat Jin Wei. Terima kasih atas perjuangan Wei Wei. Tidak mengapa, anda adalah pemenang sebanar untuk kami,” luah ladylala.

Terdahulu, pada aksi di Porte de Laa Chapelle Arena itu, Jin Wei terpaksa akur setelah tewas kepada Ga Eun dalam pertarungan tiga set 21-17, 22-20, 21-23.

Bagaimanapun, di sebalik kegagalan Jin Wei untuk mara ke suku akhir, kemunculannya beraksi di Sukan Olimpik Paris merupakan satu pencapaian yang membanggakan.

Untuk rekod, pada 21 September 2021, Jin Wei pernah mengumumkan persaraan sebagai pemain badminton negara apabila terpaksa menjalani pembedahan membuang usus perutnya.

Namun, pemenang pingat emas acara perseorangan wanita Sukan SEA 2017 itu kembali menjadi pemain profesional pada 2022.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Jin Wei turut berdepan cabaran pada Sukan Olimpik kali ini apabila tidak ditemani jurulatihnya, Nova Armada ekoran kuota kad akreditasi yang terhad dikeluarkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI