fbpx

Olimpik Paris: Pearly-Thinaah semakin membara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY-Thinaah melakar kejutan mara ke suku akhir biarpun diundi dalam kumpulan sukar pada temasya Sukan Olimpik kali ini.

DIUNDI dalam ‘kumpulan maut’ menyaksikan tidak ada banyak pihak yang yakin bahawa beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah mampu melangkah lebih jauh dan percaya mereka antara atlet negara yang terpaksa pulang awal pada temasya Sukan Olimpik Paris.

Terpaksa bersaing dengan pasangan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan serta Mayu Matsumoyo-Wakana Nagahara (Jepun) dan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti (Indonesia) menjadikan peluang Pearly-Thinaah ke suku akhir tipis dianggap tipis.

Bagaimanapun, bekas juara Terbuka Perancis itu mengetepikan tanggapan negatif tersebut dengan melangkah ke suku akhir apabila menang ke atas beregu Jepun dan Indonesia walaupun tewas aksi sulung kepada Qing Chen-Yi Fan.

Pearly-Thinaah memastikan slot suku akhir menjadi milik mereka sebaik sahaja menewaskan Apriyani-Siti Fadia dengan keputusan straight-set 21-18, 21-9 pada aksi terakhir peringkat kumpulan kelmarin.

“Sebenarnya agak gementar untuk beraksi pada perlawanan itu kerana kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan. Memang saya akui agak tertekan kerana sentiasa fikir untuk menang selain berdepan aksi sukar pada awal permainan.

“Bagi mengatasinya (tekanan), kami saling menenangkan diri masing-masing dan itu perkara paling penting. Kadang-kadang salah seorang mesti berdepan tekanan, jadi kami perlu kembalikan keyakinan itu,” kata Thinaah.

Berdasarkan undian dibuat semalam sebaik tamat kesemua aksi peringkat kumpulan, Pearly-Thinaah diundi bertemu beregu Korea Selatan, Kim So-yeong-Kong Hee-yong di pusingan suku akhir yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Justeru, Thinaah berkata, mereka akan mendapatkan rehat mencukupi selain berbincang dengan jurulatih sebelum masuk ke gelanggang bagi menentang pasangan lawan yang menghuni ranking ke-10 dunia itu.

“Kami akan dapatkan rehat yang cukup selain berbincang dengan jurulatih. Kami akan berikan aksi 100 peratus pada perlawanan (suku akhir) itu nanti. Selain itu, bantuan pakar analisis ISN (Institut Sukan Negara) turut membantu kami,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI