fbpx

Badrulamin lepas, bebas pertuduhan amang seksual anak rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrulamin (dua dari kiri) selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak rakannya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Penceramah agama, Badrulamin Bahron, 63, dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak rakannya di sebuah rumah bot dekat Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan didapati gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

“Setelah menimbang keterangan semua saksi pendakwaan, hujahan bertulis dan meneliti eksibit dikemukakan, saya mendapati keterangan mangsa tiada kredibiliti.

“Keterangan mangsa juga tiada sokongan kukuh untuk mengaitkan tertuduh dalam kes ini selain percanggahan keterangan ibu mangsa yang tidak pernah diperbetulkan sehingga akhir kes pendakwaan,” katanya ketika membacakan penghakimannya di sini hari ini.

Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga ketiga, Badrulamin didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia lima tahun sembilan bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada sebelah pagi antara 4 sehingga 6 Mac 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI