PETALING JAYA – Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengecam tindakan pihak Meta menurunkan hantaran foto perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar Mei lalu.
PMO dalam kenyataan berkata, tindakan tersebut ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu.
“Sehubungan itu, pihak kami menuntut penjelasan berhubung perkara ini, dan mendesak Meta memohon maaf,” katanya hari ini.
Terdahulu, Anwar mengambil kesempatan dalam lawatan rasmi beliau ke Qatar untuk bertemu Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Anwar melalui hantaran di Facebook berkata pertemuan itu memaklumkan Malaysia akan terus komited memainkan peranan di peringkat antarabangsa bagi menghentikan serangan ke atas Rafah. – KOSMO! ONLINE.