fbpx

Dua diberkas pukul wanita, langgar kenderaan lain ketika larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan mangsa dipukul suspek dengan topi keledar sebelum suspek melarikan diri pada Ahad lalu.

KAJANG – Dua lelaki tempatan diberkas polis gara-gara memukul seorang wanita hingga cedera parah menggunakan topi keledar di Taman Saujana Impian, di sini, Ahad lalu.

Difahamkan, suspek seterusnya bertindak melarikan diri dengan memandu kereta secara melulu hingga melanggar beberapa buah kenderaan lain di Batu 9, Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan dua video tular berdurasi 45 dan 31 saat pada Isnin yang memaparkan sebuah kereta Honda City putih melanggar beberapa buah kenderaan.

“Suspek dikatakan melarikan diri setelah memukul wanita tempatan berusia 29 tahun sehingga cedera parah menggunakan topi keledar di Taman Saujana Impian, di sini.

“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6 petang Ahad lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dua laporan telah diterima dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Tangkapan telah dibuat terhadap dua suspek lelaki pukul 4 pagi hari ini di sekitar kawasan Kajang.

“Suspek berusia 25 dan 26 tahun masing- masing mempunyai 12 dan 22 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Balai Polis yang berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI