fbpx

JPJ Perak kutip RM129,800 lelong 50 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA kenderaan yang dilelong pada sesi lelongan awam di Pejabat JPJ Perak di poh hari ini.

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan sebanyak RM129,800 hasil lelongan 50 kenderaan pelbagai jenis yang di sita di Pejabat JPJ negeri di sini hari ini.

Timbalan Pengarah JPJ Perak, Ab Aziz Awang Teh berkata, bidaan tertinggi melibatkan sebuah lori jenis Hino dengan nilai lelongan RM25,300 manakala motosikal kapcai jenis Honda C70 pula dibida dengan nilai RM50.

Katanya, seramai 98 pembida mengambil bahagian dalam lelongan yang diadakan bermula pukul 9 pagi.

“Bagi siri lelongan kali ini melibatkan 13 buah kereta, 28 buah motosikal, sebuah van, empat buah lori, dua buah bas dan masing-masing sebuah pikap dan semi treler.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 24 buah kenderaan tidak boleh dilesenkan dan lapan buah kenderaan klon,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan harga rizab bagi lelongan awam pada kali ini adalah sebanyak RM61,400 di mana harga rizab paling tinggi adalah RM22,400 manakala harga rizab paling rendah ialah RM50.

Katanya, pembida yang berjaya membida kenderaan perlu menyelesaikan urusan pertukaran hak milik dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lelongan selaras dengan Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Dokumen lelongan Awam telah mula dijual mulai 22 Julai hingga 26 Julai lalu dengan harga RM70 senaskah dan bagi pemeriksaan awam pula, JPJ telah membuka pagar kepada pembida pada tarikh yang sama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI