KUALA LUMPUR – “Ikhlas cakap, saya tidak baca apa-apa cerita netizen semua.”
Demikian reaksi pelawak Harith Iskander mengenai dakwaan kehadiran orang ketiga yang dikatakan punca perceraian dengan bekas isteri, Dr. Jezamine Lim.
Kata pemilik nama lengkap Harith Iskander Musa, 57, berita mengenai spekulasi hubungannya dengan model dan pempengaruh media sosial, Nadira Isaac itu hanya diketahui selepas dimaklumkan bekas isteri, Jazemine.
Bagi Harith, khabar angin itu hanya satu usaha pihak tertentu untuk menarik perhatian yang sengaja diada-adakan.
“Bagi saya perkara ini hanya ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan perhatian.
“Perkara ini sudah biasa, kadangkala akan panas sekejap kemudian itu akan perlahan-lahan diam,” katanya ditemui selepas selesai prosiding sebutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, Dr. Jezamine mengakui dia mengenai mengenali Nadira, namun tidak terlalu rapat.
Jelas Dr. Jezemine, dia berasa pelik dan menganggap khabar angin itu sebagai bahan jenaka.
Malah, ibu tiga anak itu jugq enggan membiarkan dirinya dibelenggu dengan anasir negatif termasuk komen yang tidak benar daripada netizen.
“Dia kenalan saya. Saya rasa pelik sangat dengan cerita ini dan saya yang memberitahu kepada Harith.
“Apabila perkara ini berlaku, ada banyak pihak yang ingin perhatian. Jadi saya harap selepas ini kita tahu siapa yang kawan yang betul-betul. Pada saya itu hanya gurauan.
“Kadangkala netizen mudah salah faham dan itu hanya spekulasi dan jangan ambil serius,” katanya.
Terdahulu, Harith sah bercerai talak satu dengan isteri, Dr. Jezamine di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 Julai.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd. Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Dr. Jezamine. – KOSMO! ONLINE