fbpx

Ini pengajaran kepada saya – Cliff Umar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cliff Umar

SHAH ALAM – Penyanyi rock, Cliff Umar menganggap denda yang dikenakan kepadanya oleh Mahkamah Majistret di sini sebagai pengajaran berguna terhadap perbuatannya sendiri.

Pemilik nama sebenar, Abdullah Umar Joseph, 42, berkata, segala yang berlaku adalah kesilapannya tanpa dipengaruhi mana-mana individu sehingga terjerumus dalam penglibatan dadah.

“Ini salah saya. Tiada orang boleh suruh kita paksa start dan stop (pasal dadah). Kita sendiri yang nak.

“Saya akui kekhilafan saya dan semua ini adalah pengalaman bagi saya ketika ditangkap, dituduh dan dijatuhi hukuman. Ini satu pengajaran kepada saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Cliff Umar bagaimanapun bersyukur kerana menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada isteri dan keluarganya dalam menempuhi sepanjang prosiding berkaitan kesalahan tersebut.

Justeru, dia akan menggunakan peluang kedua untuk berubah dan bertaubat.

Ketika ditanya mengenai lagu terbaru, bekas Juara Gegar Vaganza Musim ke-7 (GV7) tersebut menyatakan sedang menyiapkan rakaman di Jakarta dan Bali, Indonesia.

“Dua tempat ini mengizinkan saya fokus kepada pembuatan karya. Lagu yang dihasilkan dalam album nanti adalah campur. Ada bahasa Melayu dan Inggeris dan sasaran saya adalah mahu tembusi peringkat antarabangsa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI