fbpx

Ismail Haniyeh terbunuh di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail terbunuh di samping seorang daripada pengawal peribadinya. - AFP

TEHRAN – Kumpulan pejuang Palestin, Hamas mengesahkan hari ini bahawa serangan Israel di Tehran membunuh ketuanya, Ismail Haniyeh.

“Saudara, pemimpin, mujahid Ismail Haniyeh, ketua pergerakan ini meninggal dunia dalam serangan Zionis di ibu pejabatnya di Tehran selepas beliau menyertai pelantikan presiden baharu (Iran),” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Pasukan Pengawal Revolusi Iran sebelum itu menyatakan bahawa Ismail terbunuh di samping seorang daripada pengawal peribadinya.

“Ketua pejabat politik Hamas, Ismail Haniyeh diserang di Tehran. Akibat kejadian ini, beliau dan salah seorang pengawal peribadinya syahid,” kata kenyataan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI