fbpx

Lebih RM1 bilion duit rakyat Malaysia lesap ditipu scammer setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Lebih RM1 bilion wang rakyat Malaysia lesap akibat ditipu oleh ‘scammer’ di pelbagai platform media sosial sepanjang tahun lepas.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, untuk kes buli siber, sekurang-kurangnya 10 kes dilaporkan berlaku setiap hari.

Katanya, jumlah itu mencatatkan angka yang sangat membimbangkan dan tidak boleh dipandang remeh.

“Perkara ini antara yang dibangkitkan ketika saya ditemu bual oleh Channel News Asia (CNA) di Singapura kelmarin.

“MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) umum keperluan untuk perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia.

“Menerusi kerangka kawal selia baharu itu, penyedia media sosial perlu bertanggungjawab atas kegiatan jenayah yang berlaku di platform mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Menurut Fahmi, pihaknya tidak boleh berdiam diri dengan membiarkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa jenayah siber.

“Usaha memerangi jenayah dalam talian merupakan fokus negara-negara serantau. Insya-Allah, ASEAN akan bekerjasama dalam meneliti kerangka kawal selia lebih tegas bagi memastikan ekosistem internet yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI