KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan buah gerai di Uptown Danau Kota atau Bazaria Wangsa Maju, Setapak, di sini, dilaporkan musnah akibat kebakaran yang berlaku pagi ini.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kebakaran pada pukul 7.02 pagi tadi.
Katanya, seramai 14 anggota dari pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dan BBP Setapak dikerahkan ke lokasi.
Menurut Komander Operasi PKPgB Letchumanan Mariappen, sebanyak lapan gerai jualan di dalam Bazaria Wangsa Maju (Danau Kota Uptown) terbakar.
“Gerai terbakar 100 peratus manakala tiada mangsa didapati terlibat dalam insiden berkenaan,” katanya.
Punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik. – KOSMO! ONLINE.