fbpx

Hujan lebat di Lembah Klang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di lapan negeri termasuklah di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, ramalan cuaca sehingga pukul 9 pagi itu juga diramal di Kedah membabitkan kawasan Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, cuaca buruk pagi ini turut diramal di seluruh Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

“Wilayah Putrajaya diramal hujan lebat diikuti dengan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan seluruh Melaka,” katanya.

Bagi cuaca di Sarawak antara kawasan yang diramal hujan lebat adalah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).

“Cuaca di Sabah turut dijangka hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Nabawan dan Keningau) dan Tawau (Tawau) dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI