POKOK SENA – Seorang lelaki maut manakala isteri dan cucu perempuannya cedera apabila motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kuala Nerang, Kampung Sungai Durian, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena, Pegawai Bomba Tinggi II Bakar Saad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.12 pagi tadi sebelum sebuah jentera digerakkan ke lokasi.
“Kemalangan mengakibatkan seorang lelaki berusia 79 tahun maut, manakala isterinya yang berusia 67 tahun serta cucu berusia tiga tahun cedera ringan.
“Sementara itu, pemandu kereta yang berusia 28 tahun itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE