JAKARTA – Seorang pencuri di Indonesia dirakam membuang air besar ketika ditahan oleh polis, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman kejadian yang dimuat naik di platform Instagram @infopalembangterbaru, suspek bernama Messa memberikan ‘hadiah’ itu ketika berada di dalam kereta polis.
Kesemua anggota polis terbabit dilihat menutup hidung mereka, kerana tidak tahan dengan bau itu sambil menurunkan tingkap kereta.
Seorang pegawai polis, Alvin Aji berkata, lelaki itu ditahan atas kesalahan mencuri telefon bimbit.
“Kami menahan suspek kerana mencuri telefon bimbit. Dia kemudian membuang air besar ketika anggota-anggota polis membawanya ke Balai Polis Wajo,” kata Alvin.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen terhibur dengan kejadian itu.
“Polis turunkan tingkap, jadi ada peluang untuk pencuri itu melarikan diri. Tapi sayang tangannya digari,” kata netizen.
“Kesian yang duduk di belakang, mesti bau ‘pekat’ bukan main lagi,” kata netizen lain. – AGENSI