fbpx

Pasangan kekasih edar dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di Kajang, awal pagi tadi.

KAJANG – Kegiatan pasangan kekasih yang aktif sebagai tokan ditumpaskan polis bersama rampasan dadah bernilai RM142,500 dalam satu serbuan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, wanita warga asing serta lelaki tempatan berusia 41 dan 32 tahun itu ditahan pada pukul 4 pagi.

“Hasil pemeriksaan polis merampas serbuk berwarna putih disyaki dadah jenis ketamin anggaran berat sebanyak 2,583 gram dan serbuk berwarna hijau, ungu serta kelabu disyaki dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 640 gram.

“Hasil ujian saringan awal polis mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit dengan kes dadah.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah dadah di daerah ini boleh menghubungi Polis Daerah Kajang di talian 03-89114242 sambungan 8733,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI