fbpx

Lelaki ceroboh asrama jururawat didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah).

KUALA PILAH – Seorang pembantu perawatan kesihatan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan menceroboh asrama jururawat wanita di daerah ini, kira-kira tiga bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Fazlin Mat Fuad, 35, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Saiful turut menetapkan hukuman tujuh bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menceroboh masuk dengan niat melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang di sebuah asrama jururawat tanpa kebenaran pada pukul 1.33 pagi pada 20 April lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainudin, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohamad Faisal Jaafar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI