fbpx

Forest pujuk Arsenal lepaskan Ramsdale

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMSDALE terdesak untuk meninggalkan Emirates bagi mendapatkan peluang bermain yang lebih banyak. - AFP

LONDON – Nottingham Forest meningkatkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale pada jendela perpindahan kali ini dengan status sebagai pemain pinjaman.

Pemain berusia 26 tahun itu hilang posisi di Emirates kepada David Raya yang dipinjamkan dari Brentford musim lepas dan melengkapkan perpindahan secara kekal musim baharu nanti untuk menjadi pilihan utama Mikel Arteta.

Ramsdale hanya membuat 11 penampilan sepanjang musim lalu dalam semua saingan musim lalu menyebabkan dia mahu meninggalkan Arsenal untuk mendapatkan peluang beraksi lebih banyak musim depan.

Situasi itu menyebabkan Forest mencuba nasib untuk mendapatkan penjaga gol itu secara pinjaman apabila mereka tidak mampu mendapatkannya secara tetap ekoran tanda harga £50 juta (RM299.41 juta) diminta Arsenal tidak mampu dilunaskan.

Bagaimanapun, Forest perlu lebih pantas untuk mengadakan rundingan dan memujuk Arsenal apabila Ramsdale juga dilapor turut menjadi buruan beberapa pasukan lain termasuk Wolverhampton, Southampton, Bournemouth dan Leicester City.

Selain Ramsdale, Forest turut menamakan penjaga gol Crystal Palace, Sam Johnstone yang terdesak untuk meninggalkan Selhurst Park apabila tersisih daripada posisi penjaga gol utama kepada Dean Henderson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI