fbpx

[VIDEO] Restoran dikecam promosi kedai hina fizikal OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki OKU, Amir Azam menegur restoran makanan laut yang didakwa membuat 'content' menghina OKU.

PETALING JAYA – Tindakan sebuah restoran makanan laut dipercayai di Jitra, Kedah yang didakwa membuat video seolah-olah menghina orang kelainan upaya (OKU) dikecam orang ramai.

Video tersebut tular dan seorang pemilik akaun TikTok yang juga OKU dikenali sebagai Amir Azam, kemudian memuat naik hantaran menegur perbuatan pihak restoran tersebut.

“Dah normal, tapi nak jadi OKU pula. Kepada pemilik akaun TikTok (restoran), saya harap boleh padam video berkaitan, mengejek-ngejek fizikal seseorang individu OKU. Isu sensitiviti OKU.

“Jadi saya harap ‘content’ yang macam ni tidak patut ditunjukkan contoh kepada umum. Bahkan lagi untuk mempromosikan kedai anda tempat untuk mencari rezeki,” katanya.

Sementara itu, tinjauan pada TikTok restoran makanan laut itu mendapati video tersebut dipercayai telah dipadam, manakala ruangan komen setiap hantaran juga ditutup.

Orang ramai turut meluahkan kemarahan kepada restoran itu, malah ada yang merancang memboikot premis berkenaan.

“Baru rancang nak makan dengan keluarga. Kalau macam ni cara mereka melawak, memang tak jadi nak pergi. Isu OKU bukan benda main-main. Fikir, mereka pun ada hati dan perasaan,” kata seorang pengguna TikTok.

“Punya banyak (content) boleh buat, fizikal orang dia ejek,” marah seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE

@amirazam94 Tengok Video ini sampai habis..‼️ untuk owner kedai @achiksteamboat_shellout harap jangan ulangi kontent video sebegini rupa😡.. #fypシ゚viral #fypシ ♬ bunyi asal – Amir Azam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI