fbpx

Skuad Phoenix buru isteri curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melina menubuhkan skuad yang terdiri daripada golongan wanita. – Skuad Phoenix

LIMA –  Sekumpulan wanita di Peru yang dikenali sebagai Skuad Phoenix menjadi perhatian orang ramai kerana kepakaran mereka membongkar kecurangan pasangan bukan sahaja di Peru, malah  seluruh rantau  Amerika Selatan.

Laman berita Oddity Central melaporkan, sepanjang 20 tahun lalu, Skuad Phoenix berjaya menyelesaikan banyak kes kecurangan yang  diberikan kepada mereka.

Pengasasnya, Jessica Melina berkata, kumpulan itu telah menyelesaikan lebih 10,000 kes dalam tempoh tersebut menggunakan pelbagai alat dan teknik.

Ia termasuk bertindak seperti detektif dan melakukan pengawasan menggunakan dron serta kamera mini.

Ujarnya, Skuad Phoenix diwujudkan untuk memenuhi keperluan orang ramai bagi mengumpulkan  bukti kecurangan pasangan masing-masing dalam prosiding perceraian serta hak penjagaan anak.

Jelas Melina, walaupun Skuad Phoenix tidak mendiskriminasi antara lelaki dan wanita dalam kes yang diterima, mereka mempunyai satu keistimewaan iaitu semua anggotanya ialah wanita.

“Saya memutuskan untuk membentuk skuad detektif saya sendiri, tetapi hanya terdiri daripada wanita kerana saya menyedari mereka memberikan hasil yang lebih baik,” kata Melina kepada akhbar La Republica.

Berdasarkan data yang dikumpulkan  oleh Skuad Phoenix sejak 20 tahun lalu, wanita didapati jauh lebih tidak setia berbanding lelaki.

Salah seorang anggota pasukan itu, Detektif Liz Rodriguez berkata, 70 peratus daripada kes yang dikendalikan melibatkan wanita yang curang, berbanding hanya 30 peratus lelaki.

Tambah Melina, dalam tempoh  dua tahun lepas, daripada 10 kes yang disiasat pada setiap minggu, lapan daripadanya melibatkan wanita yang tidak setia kepada pasangan mereka. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI