fbpx

EPL: Liverpool tolak tawaran beli Endo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENDO berjaya mempamerkan aksi terbaik pada musim pertamanya di Anfield sehingga dianggap tonggak penting Liverpool musim lalu. - AFP

LONDON – Liverpool dilapor menolak tawaran pertama kelab Ligue 1 Perancis, Marseille untuk mendapatkan pemain tengah mereka, Wataru Endo dengan nilai perpindahan £11.8 juta (RM70.66 juta).

The Reds berjaya mendapatkan khidmat Endo dari Stuttgart pada Ogos lalu dengan nilai perpindahan £16.2 juta (RM97 juta) dan muncul tonggak utama dengan membuat 43 penampilan bersama Liverpool.

Endo berjaya membuatkan Liverpool terlupa mengenai kehilangan Fabinho dan Jordan Henderson apabila dia berjaya mempamerkan aksi yang cukup baik, namun faktor usia yang meningkat menyebabkan dia tidak dianggap sebagai pemain yang perlu dikekalkan untuk tempoh yang lama.

Bagaimanapun, pengendali baharu Liverpool, Arne Slot tidak terlalu terdesak untuk melepaskan Endo kecuali mereka berjaya mendapatkan pemain gantian, namun jurulatih baharu Marseille, Roberto De Zerbi menginginkan khidmatnya.

Biarpun bersedia untuk melepaskan Endo sekiranya mampu mendapatkan pemain baharu, Liverpool menilai tawaran Marseille tersebut sebagai terlalu rendah berbanding harga ketika mereka mendapatkan pemain itu musim panas tahun lalu.

Endo hanya menjadi pilihan Liverpool musim lalu selepas mereka gagal mendapatkan khidmat Moises Caicedo dan Romeo Lavia menyebabkan pengurus mereka ketika itu, Jurgen Klopp memilih Endo.

Marseille pula kini dalam proses membangunkan semula pasukan itu di bawah De Zerbi apabila mereka berjaya membawa masuk Mason Greenwood serta meminjam Pierre-Emile Hojbjerg dari Tottenham Hotspur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI