fbpx

Isteri lapor polis suami skandal dengan wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seorang wanita melihat telefon bimbitnya di Jakarta. - AFP

JAKARTA  –  Seorang isteri membuat laporan polis terhadap suaminya kerana menjalin hubungan intim dengan kekasih gelap, lapor portal berita Tribun Jatim semalam.

Kecurangan itu terbongkar selepas dia melihat satu rakaman video dalam telefon bimbit  suaminya.

Video yang dirakam sendiri oleh si suami memaparkan dia melakukan perbuatan tidak senonoh bersama kekasih gelapnya.

Kejadian itu menyebabkan wanita berkenaan membuat laporan polis di Lampung, Pulau Sumatera.

Suaminya dipercayai melakukan zina dengan wanita berkenaan. 

“Saya membuat laporan polis di Lampung kerana suami disyaki melakukan zina,” kata si isteri.

Dia menemukan rakaman itu dalam galeri video yang sudah dipadam pada telefon bimbit suaminya. 

“Jadi, video tidak senonoh tersebut sengaja dirakam sendiri oleh suami saya menggunakan telefon bimbitnya,” kata isteri mangsa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI