fbpx

Olimpik Paris: Usain Bolt ramal Knighton menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KNIGHTON (tengah) diramal oleh Bolt sebagai antara pencabar pingat emas untuk acara riben biru pada temasya kali ini. - AFP

PARIS – Bekas jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt meramalkan atlet muda Amerika Syarikat (AS), Erriyon Knighton bakal menggegar lapangan trek di Stade de France apabila acara reben biru itu bermula pada secara rasmi esok.

Bolt yang pernah menjuarai lapan pingat emas temasya Olimpik sepanjang kariernya menganggap Knighton memiliki kualiti yang cukup baik untuk melakar sejarah unik pada temasya kali ini.

“Ada seorang pelumba remaja dari AS yang menarik minat saya untuk melihat lariannya pada temasya Olimpik kali ini. Dia adalah Knighton yang mewakili kontinjen AS.

“Kalau tak silap saya, dia berjaya mencatat masa sekitar 19.40 saat (s) bagi acara 200 meter (m) dan baru berusia 20 tahun. Saya percaya dia memiliki masa depan yang cerah tetapi segalanya bergantung kepada bakat dan bantuan daripada sekeliling.

“Saya harap dia ada jurulatih yang bagus untuk memastikan bakatnya dapat menyerlah pada hari perlumbaan nanti,” kata Bolt yang telah bersara sepenuhnya pada tahun 2017.

Knighton dijangka menerima tentangan sengit daripada rakan senegara yang juga pilihan utama, Noah Lyles dalam usaha memburu gelaran ‘raja pecut’ Olimpik kali ini selain pemenang pingat emas edisi 2020, Marcell Jacobs dari Itali.

Temasya kali ini adalah penampilan kedua di pentas Olimpik buat Knighton selepas edisi 2020 di Tokyo yang menyaksikan dirinya menjadi atlet olahraga termuda AS dan berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat acara 200m. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI