fbpx

Pencemaran bunyi ancam pembesaran tiram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiram memerlukan bunyian lautan semula jadi untuk pembesarannya dan kini ia semakin terganggu dengan bunyian ciptaan manusia.

SATU penyelidikan baharu dari Universiti Adelaide, Australia mendedahkan bunyi daripada aktiviti manusia mengganggu proses kritikal pembesaran tiram.

Menurut pengarang utama kajian dari Makmal Ekologi Laut Selatan, Universiti Adelaide, Dr. Brittany Williams, bayi tiram memerlukan bunyi semula jadi lautan untuk tumbesarannya, namun kini bunyian ciptaan manusia telah mengganggunya.

“Bunyi semula jadi lautan secara beransur-ansur berkurangan akibat kehilangan habitat. Persekitaran semula jadi yang lebih sunyi ini kemudian semakin ‘ditenggelami’ oleh pencemaran bunyi buatan manusia,” katanya.

Tambahnya, banyak larva marin bergantung pada bunyi semula jadi untuk mengemudi dan memilih kediamannya.

“Gangguan ini menimbulkan masalah bagi pemuliharaan yang bertujuan menarik tiram ke terumbu menggunakan bunyi semula jadi.

“Bunyi daripada perkapalan, jentera dan pembinaan, sebagai contoh, meresap dan menimbulkan perubahan alam sekitar yang serius yang menjejaskan kedua-dua haiwan darat dan marin,” katanya lagi.

Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Proceedings of the Royal Society B, organisma marin sangat terdedah kepada intensifikasi bunyi antropogenik kerana ia menggunakan bunyi untuk pelbagai aktiviti, termasuk untuk merasakan persekitaran, bergerak, berkomunikasi, mengelakkan pemangsa, mencari pasangan dan makanan.

“Kajian kami sebelum ini menunjukkan bahawa akustik lautan semula jadi boleh meningkatkan pemulihan habitat tiram,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI